Selamat membaca al kisah saya di cerita tentang aku lagi .. Maaf lah kalau kalau ade yang ayat tak superbikin 'terkeluar di sini . Hee ..

Ahad, 18 Disember 2011

11 disember 2011 ..

Walalawehh , lama dah tak menyemak dalam blog nehh . Anyway nak cerita pasal outing ngan jarjitnadd dan jarjitqyba , dah seminggu lepas g tapi baru nak update . Hee , memang excited nak cerita sebab lama gilagila tak outing ngan minah2 sekalian nihh . Hehe , last outing ngan dyeorang g brem mall ~ Haha , de sejarah doe g sana . Kitaorang bincang punya bincang , last last decided nak g times square(t.s) ~ G sana pun sebab nak g main kat cosmo world . Main benda2 nihh memang menguji stamina betol , menguji ketahanan tahap menjerit ! Tapi nak cte dulu sebelum gerak ke sana aku ngan nadd g dulu uma qyba , kitaorang punye lah ketuk bagi salam pe bagai sampai nak roboh pintu uma tuh pun ade , rupa2nya cik naqibah nurul takde kat rumah ! Haishh , tertunda lah masa konon2 nak gerak awal . Lepas tuh tggu lah bus, dah naik pastu gerak tak sampai berapa meter kena bus tuh kene tahan ngan Pak polisi. Memang semak jiwa dan raga btol . Haha , mula2 sampai main ringan2 jeh dulu tapi nadia punya takut macam mainan tuh gila tahap dewa ! Hehe , aku yang takut plus gementar tgk dia cmtu . Qyba cool jeh , siap landing2 nak tido pun ade . Hihi , sengal betol . Lepas tuh main lah yang extrem sket . Ape ntah namanya bentuk tukul-tukul gitu tapi serius takut ! Haha , nadia awal2 dah warning tak nak main benda tuh  tapi atas rasa simpati dengan paksaan agak kejam kitaorang dia pun main lah .(haha,sian-nadd) . Sebelum start nadd dah wat muka nak t'kencing a.k.a tak rela dia tapi nasib tak menyebelahi , haha sebab dia dah naik . Haha , lepas tuh memang jerit sakan !! Qyba yang dok depan aku konon2 muka cm tak nak jerit tapi aku rase kuat gak dia jerit , hihi ~ Aku sampai sakit telinga dengar minah2 nihh yang dok depan n tepi aku menjerit ! Qyba menjerit sambil melepas perasaan sambil tuh jerit kat nadd , " diam lahh !!! tak penat ke asyik jerit jehh" . Haha , tapi aku pun tumpang sekaki menjerit gak . Alah , kalau sape2 main benda nihh pun akan jerit . Kalau takde yang jerit memang aku tabik spring lahh ! Huahua , banyak lagi yang mainan2 yang extrem termasuk lah roller coaster n DNA mixer. Seronok lak main roller coaster sampai repeat2 main . Hehe , percubaan yang pertama tak berani bukak mata tapi percubaan yang kedua 'ceh,berani dahh . Hihi, DNA mixer , menguji ketahanan otak btol . Berpusing2 jeh dari start sampai lah abes , sampai tudung pun rase nak tertanggal dah . Hehe , banyak2 mainan kat sini main crash car lah paling tak best sebab cam takde feeling jeh main . Haha , qyba kata kalau tak pandai kawal tak pandai lah main tapi memang tak seronok pun . Stik langgar jeh , gerak pun tak . Sikit2 jeh gerak , terok btol . Hehe, g sana kan bawak bekal sebab konon nak save duet . Hehe , tapi cam takde feeling dah tgk makanan tuh sebab time tuh pikir 'keindahan katil' . LOTIH ! Qyba sanggup nak g KFC , beratur panjang2 . Huh, aku tgk pun mcm naik menyampah jeh barisan panjang2 tuh . Kitaorang yang tak beli nihh tunggu lah kat tempat yang ade ruang , hihi . Boleh2 pulak si anak ibrahim nih tak perasan kitaorang,last2 masing2 tercari2 masing2 . Masalah beb, orang macam semut . Agak susah lah nak cari , tapi last2 jumpa gak . Hehe , kuatkan chemistry kitaorang? Wah , ayat ! Haha , sesampainya di rumah mulut cam bertih jagung lah dok cerita kat manusia2 yang ade kat rumah. Hehe , tapi yang malang nya balik uma kena buli ngan orang yang tak bertauliah iaitu kak ros a.k.a minah sentimental n adik dia! Sewel btol ,aku memang dah rase nak sepak sorang2 time tuh . Dah lah penat pastu buli orang , naik gila pun ade . Sibuk tahap cipan btol , privasi orang pun nak tau . Sabar jela cik shasha ngan korg . hihi , tapikan kakak aku aritu ntah mimpi ape dengan  rela hati wat kek ! Ceh , dua pulak tuh . Haha , cam tak caya pun ade tau ! :DD ... Kay , abess dah story mory yang tak berapa nak indah nihh . BABAI ~ Btw thanx kepada korang2 sebab wat aku happy 11 disember 2011 n tak lupa dah wat aku jerit sakan . Hehe .......... =_= ''

sangat ketat-ketat kat korg !

nak jugak capture2 kat celah2 nihh ..

nihh lah mak DATIN aku .. baju birubiru kaler .

<3 <3 <3

sori nadd sebab gambar kau ter'rosak' , haha

~ nadia nurul ahmad fuad ~

malu pulak , hee ~
~naqibah nurul ibrahim ~



Sabtu, 10 Disember 2011

Halus sungguh cara untuk menjatuhkan umat islam ke arah kafir..

(sama2 kita renung n ambil iktibar serta serius akan info yang diberikan ) :))


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk , 


orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"


Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .







Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam .
















[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA ]

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.




Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kita ni lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun ..

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek  yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada  ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W  yang memberi amaran  tentang azab seksa  yang akan ditimpakan kepada mereka  yang mengukir patung pada hari kiamat  kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu  yang dimuliakan atau  ada unsur-unsur  penghormatan. Oleh itu , meletakkanya  dengan tujuan perhiasan  adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan  memasuki rumah  yang terdapat patung.

SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak  akan memasuki  rumah yang terdapat  di dalamnya  patung-patung  atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"

Isnin, 5 Disember 2011

jomheboh akhir di bukit jalil !!

' jom , jom , jom , jom kita heboh heboh ' ! ! ahaks ... hee . takde kerjakan pergi jomheboh ? Sesak2 , panas2 . Haa , tapi  memang btol pun , huhu . Anyway g sana okay okay jeh .. Banyak kedai , banyak ber jalan jalan , banyak barang , banyak orang dan yang pasti banyak keluar duit  . Haha , nama pun g JOMHEBOH ~~ Hmm , pagi2 pukul 8 lbeh dah gerak naik kenderaan awam yang disediakan untuk orang ramai . Ececeh , poyo jeh bunyi . Neh gara2 takde transport nak g sana so naik lah transport yang sedia ade tapi kene bayar lah . Hee , wat lawak bodoh tahap antarabangsa pulakk aku .. =_= .. G sana macam2 beli , lenguh2 dah tangan memegang barang . Wahhh , jumpa  johan asha'ri a.k.a botak !!! Walala weh , superb hemsemm ! Nak cair dah kat situ bila tengok dia lagi2 time dia turun tarik orang . Ahaks , teruja gitu . Hehe , jmpe talha harith(tersangatlahhhemsem,tergoda-aku) , irfan roslan , ako mustapa , ika mentor , liya hot fm .. Hee , dapat lah snap2 pic dyeorang . Ceh , kedai memang banyak bebenar . Terabur sana sini , penat dah kaki nak menjelajahinya tapi kakak aku memang kaki cap jalan tar betol , tak penat2 . Huahua , balik dalam pukul 12 lbeh camtu . Beli lah tiket lrt nak balik , mak aiihh ! panjang bebenor nak beratur . Paling aku nak menyumpah orang2 yang kerja jual tiket di kaunter uhh . Boleh tak bukak dua kaunter ? Tau tak ramai orang yang nak menambahkan duet korang2 . Hee , btol ke statement neh ? Hentam saja lahh __ pastu pulak sebelum beli tiket aku dengan rela hati g lah tengok harga tiket kat board . Tunggu punya tunggu sampai lah giliran aku . bayar2 tapi tak sama harga sebab harga ke masjid jamek lain daripada ke titiwangsa . Aku ape lagi, mula lah dok membahas tentang harga yag sebenar . Waduh, debat dah kiteorang kat kaunter tuh . Actually malas nak panjang melebar kes neh sebab ramai dah tunggu turn nak beli tiket , cuma tak puas hati lah . Sampai2 di stesen masjid jamek , tak boleh masuk ? Apekah itu '? Memang aku geram btol ngan abang kaunter tuh , kan dah kata salah . Ei , baru masuk kerja ape sampai salah2 ? Nasib baik ade security yang tolong , kalau tak memang tak tau lah nak buat ape dahh . Kalau jumpe lagi abang kaunter tuh memang aku bagi ceramah free dahh ~ Hee , suka rela kteorang continue jalan2 di masjid india . Borong selendang lah , ape lagi . Hehe , harge not bad . Boleh lah , asalkan selesa . Hehe , merepek jeh . Anyway , arini memang hari yang menguji stamina kaki aku . Haha , kbaii ~

*sorilah tak dapat nak update gambar2 skali sebab peralatan2 yang nak disambungkan takde ,, :))