Selamat membaca al kisah saya di cerita tentang aku lagi .. Maaf lah kalau kalau ade yang ayat tak superbikin 'terkeluar di sini . Hee ..

Khamis, 15 Mac 2012

MENANGIS ??


Menangis adalah baik untuk ?

 =Kurangkan stress ..
 =Melegakan perasaan ..
 =Hilangkan rasa marah ..

Sebabnya ?

Dalam airmata itu mengandungi hormon prolaktin untuk melawan stress dan tekanan darah serta denyutan jantung ...

Sebenarnya MENANGIS adalah ..?

Proses keinsafan kepada keimanan  ...
Proses kekufuran kepada munafik  ..  :DD





*saya pun suka menangis , hee . :))

Sabtu, 4 Februari 2012

Buat mata yang sedang menangis . . .

~Duhai mata yang sedang menangis...
Tahukah dikau ,jika dikaji dari perspektif sains ,tangisanmu mampu menjadikan terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Taktala dirimu ketakutan ,unsur2 bahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semulajadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur2 kimia daripada air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat2 dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilahdegupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah , hebat sungguh penciptaan air mata ..


~Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita,kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia menringankan ketegangan jiwa . Ia mengungkapkan kesedihan lalu menrungkai beban yang tersimpan . 


Jika kau lelaki kenapa perlu malu pada tangisan ?Mungkn sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara siri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam.Apa pun , tiada siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan .Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risioko penyakit.Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.


Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukan dikau, penyayang-Nya Allah padamu hingga Dia menciptakan kalenjar2 air mata mu lebih besar daripada kalenjar2 air mata lelaki. Tidak hairanlah kajianilmiah menunjukkan kau menangis empat kali ganda lebih banyak daripada lelaki.


Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata , air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil .


~Duhai mata yang sedanh menangis...
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis.Usah ditahan tangisanmu itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.Benar,tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu.Jangan biarkan tangisanmu itu menbabitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.


Sesungguhnya tangisan kerana Allah ketka gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. :))



sesuci kain putih




sebenarnya kita cantik.
cantik sebab,
Allah yang cipta kita.

"Allah tak mencipta manusia hodoh, tapi Allah menciptakan manusia dengan kecantikan yang berbeza-beza"

cantik itu kan subjektif ♥
bukan pada hidung yang mancung, ♥
bukan pada kulit yang putih dan gebu, ♥
bukan juga pada gaya fesyen yang dipakai. ♥

tapi cantik itu bermula dari hati, ♥
dan dipancarkan kepada luaran iaitu,♥
akhlak kita, ♥
pertuturan kita,♥
aurat kita,♥
peribadi kita.♥

bila hati kita bersih ♥
jauh dari maksiat, ♥
terhindar dari nafsu, ♥
InsyaAllah,♥♥♥

kita sebenarnya akan jadi cantik di sisi Allah Swt...insyaAllah....



warnai hidup dengan corak yang baik 
bimbing lah kami agar sentiasa di jalan yg benar